Search for:
Welcome Guest [Login | Register]
Shop by Category
Featured Product
Information
Products: 217
Categories: 25
Prices: Malaysian Ringgit
Currency
Language
Location: /Majalah Solusi/Tiada Stok

Majalah Solusi Edisi 7

Majalah Solusi Edisi 7

Product Information

Majalah Solusi Edisi Ke 7 fokus kepada persoalan ‘Inilah Jalan Yang Lurus’ yang mana kita sering meminta kepada-Nya, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang mensia-siakannya. Jawapan Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjuki-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?

Muhammad Al-Fateh membuka bicara Majalah Solusi Edisi Ke 7 dengan artikel ‘Belajar Berubah Daripada Rasulullah’

Dalam ruangan Tafsir, Ustaz Hj Zahazan Mohamed menghuraikan tafsir ayat 6 Surah Al-Fatihah yang antara lain bermaksud, bimbinglah kami ke jalan yang lurus.

Ustaz Adlan Abd Aziz pula mengisi ruangan Hadis dengan artikel bertajuk ‘Persahabatan Di Atas Nama Allah’ dan disertakan dengan doa minta dikasihi rakan-rakan.

Ruangan Isu diisi oleh Pahrol Mohamad Juoi dengan artikel bertajuk ‘Inilah Jalan Yang Lurus’, dan Jaddal Atiff menulis tentang ‘Jalan Menuju Allah – Tahap-tahap Dalam Kembara’ juga dalam ruangan Isu. Beliau juga menulis dalam ruangan Soal Cinta dengan mengariskan cinta sesama manusia hanyalah alat untuk mendapat cinta Allah.

Pengarah Radio IKIM fm, Ir Ahmad Jais Alias pula menghebahkan rancangan baru di Radio IKIM fm.

Umar Muhammad Noor pula mengupas perihal lalat dengan tajuk ‘Lalat Bukan Remeh Pada Umat Islam’.

Rashidah Mustaffa menyumbang dengan artikel yang berkisar tentang perihal anak-anak dalam ruangan Hai Anak yang bertajuk ‘Suburkan Minda Anak-Anak Dengan Kisah Benar’.

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman menceritakan perihal Maqam Ibrahim yang menjadi bukti nyata hubungan ibadah dua insan bergelar Nabi dan Rasul.

Dalam ruangan Beduk Di Ketuk, Imam Global memaparkan kisah ‘Dialog Dengan Seniman’.

Ruangan ‘Soal Jawab Solat’ dan ‘Soal Jawab Fiqah’ dijawab oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pula mengisi ruangan Muamalat dengan artikel bertajuk ‘Tempahan Kereta Belum Pamer Dibenarkan’.

‘Pendakwah Tidak Kreatif Atau Tiada Pelincirnya’ itulah topik yang dikupas oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar.

Hj Muhammad Zakaria yang merupakan Master Trainer Pusat Latihan Sri Al-Ain pula menggariskan ‘Etika Dalam Majlis’. Beliau juga mengisi ruangan Kembara dan kali ini berkisar tentang pengalamannya ‘Menjejaki Pondok Pesantren Di Aceh’.

Dalam ruangan Cerdik Baik, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi tentang ‘Sistem Sokongan Positif Dalam Mendidik Anak’.

Prof Dr Sidek Baba berkongsi cerita dalam ruangan Cetusan dan kali ini ceritanya adalah ‘Hampir-hampir Berhenti Sekolah’.

Adakah proses poligami menyusahkan? Persoalan ini dikupas oleh Ustaz Badli Shah Alauddin.

Ruangan Dari Seberang diisi oleh Ummu Sakinah Hj Muhammad yang menulis artikel bertajuk ‘Realiti Kehidupan Di Rantau Orang’.

Rohidzir Rais menulis bahagian ke 2 ‘Menerobos Rahsia Lohmahfuz – Realiti Masa Dan Takdir Dalam Lohmahfuz’.

‘Ujian Antara Berani Dan Bijaksana’ adalah topik artikel yang dipilih oleh Hasrizal Jamil kali ini.

Dalam ruangan Remaja, Fatimah Syarha Mohd Noordin menulis tentang ‘Ambil Inspirasi Daripada Kisah Tokoh’ dan tokoh pilihan beliau adalah Dr Azizan Ahmad.

Dr Irfan Khairi berkongsi pengalamannya dengan menulis artikel bertajuk ‘Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet’.

Artikel-artikel lain yang turut dimuatkan dalam Majalah Solusi Edisi 7 adalah tulisan Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani ‘Idah Satu Kongkongan?’. Ustaz Nidzam Abd Kadir ‘Iman Tanpa Amal Ditolak’. Dr Abd Basit Abd Rahman ‘Syarat Kemudahan Dalam Hukum Islam (Dhawabit al-Yusr). Ustaz Mohd Wahid Abd Hamid ‘Habbatus Sauda, Raja Ubat’. Zuraimi Ismail ‘Imam Al-Nasaie – Bela Maruah Ahlul Bait’. Dato Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Ciri-ciri Suami Idaman’. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Rasulullah Suami Contoh’ . Dato’ Ismail Kamus ‘Asal Usul Jin’. Rohidzir Rais ‘ Nyalaan Iman Dalam Hati Setiap Mukmin’. Mohd Wahid Abd Hanif ‘Kisah Nabi Musa – Pertembungan Sihir Firaun Dan Kebenaran Mukjizat Musa a.s.’. Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Kedudukan Wanita’. Ahmad Fadzli Yusuf ‘Jadilah Pendengar Yang Hebat’. Dr Zulkifli Al-Bakri ‘Wajib Kembali Kepada Syariat Dan Hukum Islam’. Umar M Noor ‘Dajal Satu Mata – Setiap Muslim Boleh Mengenalinya’. Dan Hj Ahmad Salim Omar ‘Adakah Anda Seorang Pemimpin?’.

Ruangan Pelik Tapi Benar, Ustaz Zahazan Mohamed berkongsi kisah Saidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil.

Turut terkandung dalam Majalah Solusi Edisi 7 adalah ruangan Puisi, Pesan Nenek dan Angguk Geleng yang merupakan kisah jenaka dakwah.

Majalah Solusi Edisi 7 mengandungi 109 muka surat.

Price: RM9.00 RM7.00


Product Code: MAJZ7
OUT OF STOCK

Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.