Search for:
Welcome Guest [Login | Register]
Shop by Category
Featured Product
Information
Products: 217
Categories: 25
Prices: Malaysian Ringgit
Currency
Language
Location: /Majalah Solusi/Isu Lepas

Majalah Solusi Edisi 5

Majalah Solusi Edisi 5

Product Information

Majalah Solusi Edisi 5 (Ulang Cetak) fokus kepada bagaimana mengurus nyawa. Ini kerana masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

Abu Irdak membuka bicara Majalah Solusi Edisi 5 dengan isu lompat dan ibrah dari Hudaibiyah yang mana Umar belajar daripada Rasulullah melalui perjanjian Hudaibiyah yang dianggapnya berat sebelah.

Seterusnya Ustaz Hj Zahazan Mohamed mengisi ruangan tafsir dengan Tafsir Surah Al-Asr ‘Penyelamat Dari Rugi Dunia Akhirat’.

Dalam ruangan hadis pula Ustaz Adlan Abd Aziz mengupas tentang ‘Malu Muncul Dari Iman’ yang membicarakan 4 hadis mengenainya.

Pahrol Mohamad Juoi menulis tentang ‘Pengurusan Nyawa’ dan ‘Pengurusan Masa’.

‘Bila Doktor Pun Sakit’ mengupas isu gejala sosial yang melanda masyarakat dan faktor terjadinya dikupas oleh Abu Asif dengan mendalam.

Al-Adib pula mengajak kita memboikot yahudi dengan ‘Boikot Hedonisme’ yang dakwanya kebanyakan hiburan sekarang adalah rencana Yahudi melalaikan umat Islam contohnya memboikot filem Hollywood.

‘Hidup Sederhana Lebih Selamat Lebih Terhormat’ ditulis oleh Umar Muhammad Noor yang mengajak kita supaya mambelanjakan harta bersesuaian dengan keperluan dan bukannya bermegah-megah sehingga memudaratkan diri.

Ustaz Ahmad Husni pula menulis tentang ‘Kehebatan Air Zamzam’.

‘Corat Coret Anekdot Anti Yahudi’ pula berkisar tentang kisah memboikot barangan buatan Yahudi ditulis oleh Imam Global.

Manakala ‘Soal Jawab Solat’ dijawab dengan teliti oleh Ustaz Rohidzir Rais. Beliau juga menjawab soalan-soalan Fiqah Amali. Selain itu, beliau menulis artikel tentang ‘Nikmat Sakit’ yang menghuraikan fungsi kulit sebagai perisai tubuh.

Dalam ruangan muamalat, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman menjelaskan ‘Mengapa Penalti Di Bank Islam Halal?’ dan beliau juga menjawab ‘Soal Jawab Muamalat’ antaranya hukum berniaga di ebay dan menggunakan Paypal.

Hj Muhammad Zakaria menulis tentang ‘Etika Pelajar Di Rumah’.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah pula menulis tentang ‘Memahami Hakikat Anak Bermasalah’ yang antara lain menceritakan 3 kategori anak bermasalah dan penyelesaiannya.

Dalam ruangan Soal Cinta pula Pahrol Mohamad Juoi menulis tentang ‘Mencari Cinta Di Kesesakan Jalan Raya’ yang mana di jalan raya boleh mengukur cinta kita terhadap siapa yang kita bawa dalam kenderaan.

‘Berbasikal Penyambung Hayat Ke Sekolah’ mengisi ruangan Cetusan hasil tulisan Prof Dr Sidek Baba.

Ruangan Kembara pula Hj Muhammad Zakaria pula berkongsi kisah ‘Iktibar Kemiskinan Di Jakarta’.

Manakala dalam ruangan Hai Anak pula Rashidah Mustaffa menulis tentang ketagihan anak terhadap komputer dan internet serta disertakan langkah positif penggunaan internet.

Dalam ruangan Faraid pula sekali lagi Ustaz Ghazali Ibrahim mengajak kita supaya ‘Teruskan Merancang Pusaka’.

Fatimah Syarha Mohd Noordin menulis tentang ‘Rasa Mulia Dengan Iman’ yang mengsi ruangan Remaja.


 

Antara artikel lain yang termuat dalam Majalah Solusi Edisi 5 ini adalah, Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani ‘Lelaki Bersalaman Dengan Wanita’. Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Mencari Kebahagian Di Sebalik Cinta’. Ruangan Remaja Dengan Ustaz ‘Sayangi Nyawa Anda Wahai Mat Motor’. Dr Abd Basit Abd Rahman ‘Asas-asas Kemudahan Dan Keringanan Dalam Islam’. Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif ‘Air Zamzam Penawar Penyakit’. Dr Farhan Hadi Mohd Taib ‘Memo Untuk Pesakit’.  Zuraimi Ismail ‘Imam Hanafi’. Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Makan Setalam Dengan 3 Jari’. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Rasulullah Mengutamakan Apa Yang Perlu Diutamakan’. Rohidzir Rais ‘Menanam Pokok Di Atas Batu – Sedekah Hanya Kerana Allah’. Ustaz Badli Shah Alauddin ‘Suami Impotens’. Mohd Wahid Abd Hanif ‘Kaum Nabi Lut – Misteri Di Sebalik Laut Mati’. Ahmad Fadzli Yusuf ‘Mengurus Tugasan Dan Kerja’. Hj Ahmad Salim Omar ‘Kualiti Hati Menentukan Kualiti Hasil’.  Dan Umar Muhammad Noor ‘Apabila Keberkatan Dicabut’.

Juga dimuatkan ruangan puisi, Angguk Geleng, Pesan Nenek dan Pelik Tapi Benar.

Majalah Solusi Edisi Ke 5 ini mengandungi 109 muka surat.

Price: RM9.00


Product Code: MAJS5
OUT OF STOCK

Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.